Ramai kata Add Math ni susah. Sebab result yg diorg dapat tu rendah. Kalau result diorg power, besar kemungkinan dia tak kata susah.
Bagi saya kenapa student kata Add Math ni susah:
1. Tak pernah belajar Add Math. So mmg xtau la
2. Add Math ni lain dr Math
3. Tak ada siapa yg bagitau mcm mana nak belajar Add Math
4. Sbb sebelum belajar Add Math, dia dah set dalam kepala Add Math ni susah. So dia dah ready mental block siap2 sebelum belajar Add Math. So bila tak paham je, terus berserah pada takdir yg Add Math ni mmg susah. Mentaliti
Saya senaraikan bbrp perkara yg membuatkan Add Math ni challenging
1. Asas algebra tak power
Kalau algebra power, lagi mudah nak belajar Add Math. Bukan maksudnye tak boleh belajar. Cuma lebih mencabar. Macam nak belajar main polo air (sila google kalau xtau bende ape polo air ni), kena pandai berenang dlu.
2. Add Math ni banyak sangat
Ape yg student kena belajar dlm Add Math ni sangat banyak berbanding Math biase. Lepas tu, jalan kerja dia kadang memang panjang giler. Bile student dah biase kira dua tiga benda terus dapat jawapan, diorg senang mengeluh dan give up bile kira lebih dari 5 benda tapi tak dapat jawapan lagi. Memang panjang jalan kerja
3. Tak reti nak extract info dan convert kepada persamaan
Tips untuk belajar Add Math
1. Add Math jarang bagi direct question.
Soalan biase oun dah mcm KBAT. Apetah lagi soalan KBAT. So prepare mentally yg Add Math mcm tu
2. Faham cerita & ape soalan nak
Bila kita faham keadaan dalam soalan tu, kita senang nak selesaikan masalah. Faham soalan bukan maksudnye baca balik soalan tu. Tanye diri
"Ape citer die?"
"soalan nak ape?"
Kalau takleh jawab dgn ayat yg simple, tak paham la tu maksudnye
3. Extract information
Dalam soalan confirm dia bagi info. Ade 2 jenis info kat sini. Satu, info direct. Dua, indirect info. Extract dua2 jenis info ni.
Contoh direct info:
Panjang AB = 5m
Contoh indirect info:
ABCD ialah sebuah poligon sekata
(So, kena la tau ada apa dengan poligon sekata, sudut dalam, sudut luar, jumlah sudut dalam, jumlah sudut luar, bilangan sisi, bla3)
4. Buat equation
Guna knowledge yg ade. Buat equation yg masuk akal @ kena dgn situasi yg soalan bagi. Buat equation ni step yg sgt penting. Dari info yg kita extract tu, kita buat equation. Sebab lepas tu baru la boleh selesaikan
5. Selesaikan
Dah dpt equation, selesaikan la. So kat sini akan ade banyak jenis equation yg student akan jumpe. Contohnye, kuadratik, indeks & log, persamaan serentak, perbandingan @ comparison, identiti dan lain2. Most of the time, bila dapat equation, student boleh selesaikan. Masalahnye student tak reti nak dapatkan equation tu dari soalan.
6. Jgn buat assumption kalau tak ada asas @ dalil @ supporting info
Kalau tak ada bukti, jangan la pandai2 kata AB tu garis lurus. Kalau takde asas, jagan la kata panjang AB sama dengan panjang CD. Jangan buat assumption kalau xde bukti. Sebab kalau dah salah assumption, hari raya tak sampai
Extra tips
1. Careless
Banyak sgt kes yg student hilang markah banyak giler sbb careless. Careless adalah, benda yg student tahu, tapi tetap salah. Kalau tau tapi salah, careless la tu. Careless ni ade 4 yg utama
- salah baca
Soalan dah tulis 4 + x, tapi dia baca 4 - x
Careless la tu
-salah tulis / salin
Soalan tulis 4 + x, dia baca 4 + x, tp dia tulis 4 - x
Careless la tu
-salah tanda
Ni biasanye dlm objektif, tp selit gak kat sini. Dah kira, jawapan A, tp tanda B. Careless la tu. Lebih2 lagi ade yg jenis kira2 dulu & tanda pada kertas soalan, dah settle baru tanda kat kertas jawapan. Lepas tu lupa yg ade skip 1 soalan, dalam kertas jawapan lupa nak skip soalan tu. Hari raya tak sampai.
Careless la tu
-salah kira (yg mudah)
3 x 2 dia jawab 5
4 + 2 dia kata 8
Careless la tu
2. Tulisan buruk
Kalau tulisan buruk, maaf kata, hari raya mungkin tunda beberapa tahun. Tulisan buruk ni buatkan kita salah baca, pastu salah salin, salah kira, salah tanda. Package careless nama dia. Pernah tak tengok
0 macam 6
6 macam 0
9 macam 4, 7, 1
8 mcm 6
Dan lain2 lagi kes yg berat
Huruf pun sama gak
x darab x, dia tulis x x x <-- apakah ini?
Simbol tambah dan t pun lebih kurang
3. Kalkulator
Kalkulator ni boleh jadi kawan, boleh jadi lawan. Dia jadi kawan bila mudahkan kita, jadi lawan bila susahkan kita
Contoh jadi kawan:
log 4 ÷ log 3
Contoh jadi lawan:
4 x 3 pun nak tekan kalkulator
Bila terlalu bergantung sgt pada kalkulator, sampaikan tambah tolak darab bahagi yg mudah pun nak pakai kalkulator, tu maksudnye otak anda dah mula nak berkarat @ dah karat melarat dah pun. Hati2
Last but not least. Kenapa matematik ni secara am nya susah, selalunya sebab student ni
-malas nak fikir
-tak nak fikir
-tak reti nak fikir sbb tak penah. Asal susah je, tinggal terus sampai kiamat
Dah biasa tak berfikir, memang susah bila baru nak biasakan diri. Tapi bila dah biasa, insyAllah mudah untuk diri berfikir. Macam mana nak train diri berfikir? Antaranya, jawab soalan tekateki, puzzle, problem solving punye soalan @ situasi, main game (tapi bukan semua game)
Semoga bermanfaat
-cikgu rahmat-
#sifufuu
#mmkb
Saya Ajar Matematik
Thursday, 31 January 2019
Monday, 18 September 2017
Pasal Blog Ni
Blog ni saya gunakan untuk berkongsi dan menolong orang lain untuk belajar matematik (termasuklah matematik tambahan) dalam Bahasa Melayu. Kalau saya tengok dalam internet, banyak sebenarnya website, video yang ajar Matematik dan Add Maths ni, tapi majoritinya adalah dalam Bahasa Inggeris. Sebab rasa terpanggil, saya pun buat la apa yang saya buat ni
Level yang saya akan ajar adalah sekolah rendah hingga sekolah menengah (SPM). Saya ada juga pengalaman dalam silibus IGCSE atau O-level.
Kalau nak tanya apa - apa, boleh email saya di
Saya tak janji yang saya akan jawab setiap soalan yang saya dapat, tapi saya akan cuba jawab semampu saya.
Level yang saya akan ajar adalah sekolah rendah hingga sekolah menengah (SPM). Saya ada juga pengalaman dalam silibus IGCSE atau O-level.
Kalau nak tanya apa - apa, boleh email saya di
sayaajarmatematik@gmail.com
Saya tak janji yang saya akan jawab setiap soalan yang saya dapat, tapi saya akan cuba jawab semampu saya.
Subscribe to:
Comments (Atom)
